Saturday, July 22, 2017

Ostematrix is Back!!

Rise and Shine everyone.
hihi. Semangat pagi ni.


Pagi ni kedai IG NFHanabeauty buka awal pagi ni. Sebab semangat nak share dan tolong semua dapatkan OSTEMATRIX ni😀
.
Oste ni dah lama habis kat Malaysia ni tau. Hana pun jimat-jimat ambil. Sebab stock sendiri makin susut...

Line tak berapa ok lately. Semalam baru dapat tahu..

OSTEMATRIX DAH SAMPAI!!!!


Rasa nak melompat-lompat ja..

Excited sangat 😆😆😆😍

Nak tahu sebenarnya kan.. bukan Hana saja yang tertunggu-tunggu Ostematrix ni. Satu Malaysia menantikannya.. Yang tak pernah tahu tentang Oste ni mesti tertanya-tanya

"Apa tu Oste? "

Meh Hana kongsi serba sedikit pasal Oste ni yang buat SATU Malaysia menanti nantikannya.

  • Bantu dapatkan tidur yang berkualiti. Sekarang ni Hana tau ramai yang kurang dapat  tidur berkualiti kan. Terutama yang ada anak kecil dan banyak bertugas seharian. Hana yang kerja cikgu pun selalu sahaja kurang tidur yang berkualiti. Tapi selalu lepas ambil Oste, esoknya bangun rasa semangat. Rasa cukup tidur. Puas tidur. 
  • Bantu elak kekejangan pada kaki atau tarik mengkarung [boleh klik sini] bagi mak mak yang sedang hamil. Yang tak hamil pun ada juga yang terkena. Sakit woo kalau kena 😫 memang rasa nak menggelupur.
  • Bantu membekalkan kalsium yang cukup untuk badan kita. Sebiji oste ni mengandungi 250mg kalsium. Purata dalam sehari kita perlukan.1000-1200mg kalsium. Mereka yang sedang Hamil pula perlukan kalsium setiap hari. Sebabnya? Boleh klik sini. Jadi, yang tak suka minum/bau susu sangat best ambil ni..
  • Bantu selesaikan masalah sakit sendi, sakit pinggang, sakit belakang, sakit tumit. Sebab apa boleh bantu sangat ni? Sebab oste ni membantu menenangkan saraf kita
  • Legakan ketegangan saraf. Haa yang nak bersalin tu, digalakkan ambil oste. Sebab ia membantu saraf kita rileks dan boleh hadapi labor time dengan lebih stabil insyaAllah.
  • Mudah untuk membuang. Siapa yang selalu sembelit tu, antara sebabnya adalah kurang kalsium ni.
  • Bantu cegah sakit gigi, migrain keterlaluan.
  • Bantu menjadi milk booster. Rata-rata ibu menyusu mesti suka ni

Wah.. Macam best je kan. 
Kebanyakan yang PM Hana mesti akan bertanya pelbagai soalan. Ini antara soalan-soalan yang ditanya.

Rasa susu tak? ke rasa apa? Saya tak minum susu.
Macam mana nak ambil ya? Setiap masa ke?
Tak bahaya ke? Pil-pil bagai.
Berkesan ke? 




Best oste ni. Sungguh. Hana tak tipu. Hana pun ambil oste setiap hari.

Jadi di sini Hana kongsikan keistimewaan dia dan juga jawapan kepada FQA di atas.

  • Mudah ditelan. Walau 250mg per tabs, ianya mudah ditelan. 
  • Mudah hancur (digest/dissolve). Ia hancur kurang dari setengah jam tau. Jadi takde masalah lekat kat buah pinggang ke, pundi kencing ke.
  • Ia jalani clinical test. Dan terbukti berkesan
  • Tidak ada rasa susu. Juga tiada bau susu. Orang yang tak suka susu memang suka la ambil oste ni. Hebat teknologinya kan.


Jadi apa tunggu lagi, jom order Ostematrix dengan Hana sekarang. Unlimited tau berapa botol korang nak order.

Open for order now.
So kita cepat cepat okehhh. Tak rugi buat stok ni. Confirm licin zasss je ni.
.
HANA | 019-4025851
#shakleeaUtara
#ShakleeJitra
#ShakleeTatau
Set#Supermak

Monday, May 22, 2017

Resipi : Sup Cina ala-ala Sup Shark Fin Simple dan Sedap..

Assalammualaikum semua.. Lama tak mencoret di sini. Hari-hari scroll FB nampak gambar makanan semua sedap-sedap.. Terliur pula. Tapi apakan daya, di sini tak banyak kedai makan muslim. Sebab itu Hana lebih senang memasak di rumah..

Nak makan apa pun google jer.. Tengok resipi. Dan ofkos perlu juga intai bahan-bahan dalam peti. Tak kan nak masak sotong celup tepung tetapi sotong tak ada dalam peti. Ada ayam ja.. Disini kami agak terhad sikit bahan mentah, jika nak banyak pilihan boleh ke Bintulu.. Namun, tidaklah sehingga tidak ada langsung. Kadang-kadang ke pasar ada ikan, tetapi mungkin hanya ada ikan sardin dan ikan kembong.

Kalau uncle ikan tak datang, ikan sungai ada juga dijual oleh penduduk sini. Tapi housemate tak makan ikan sungai, rugi pula kalau beli nanti..

Kebelakangan ni selalu ja teringin nak makan macam-macam.. Teringin dia bukan sekadar biasa-biasa tapi sudah ke tahap yang extreme terlampau.. Simptom mengidam ke ni?


Semalam Hana teringin sangat nak makan makanan berkuah. Selalunya sup, singgang, asam pedas dan tomyam saja. Jarang Hana buat gulai-gulai, kari, dan kurma.. Mungkin dari kecil selalu dibiasakan dengan sup, singgang, asam pedas dan tomyam. Jadi lidah lebih gemar memilih yang tanpa santan..


Semalam terlihat gambar makanan Cina. Yum..yum.. Macam sedap je. Macam sedap je.. Cari punya cari baru Hana tahu Sup Shark Fin rupanya..Jadi Hana try la.



Harini Hana nak kongsikan resipi sup cina ala-ala sup shark fin. Tapi versi bajet la.. Guna apa yang ada..

Bahan-bahan

1 bahagian dada ayam
2 kek ikan/ tofu
sayur kobis
1 biji telur
1 batang lobak merah
1 biji telur
3 ulas bawang putih
2 inci halia
1sb sos tiram
1sb kicap
1/2 kiub ayam


Cara membuatnya

  1. Tumiskan bawang putih, halia sehingga naik bau. Kemudian masukkan kek ikan. Gaulkan sehingga agak garing. 
  2. Tuangkan air. Masukkan sayur dan lobak. air ikut sukatan sendiri. Jika sukakan lebih kuah, banyakkan air. waktu ni perlahankan api.
  3. Sebaik sahaja lobak sudah lembut, masukkan ayam, kiub ayam, sos tiram dan kicap. Kacau sehingga sebati. Kadang-kadang Hana masukkan batang sayur sawi. Tetapi versi kali ini letaklobak sahaja.
  4. Kemudian pecahkan telur. Pukul telur. Masukkan telur sikit-sikit agak tinggi sikit daripada periuk dan tunggu sehingga 10 saat. Atau cara mudah adalah anda lihat telur sudah beku sedikit barulah kacau. Dengan cara ini barulah dapat terhasil telur yang macam bertali-tali tu, Jika anda terus kacau sebaik sahaja masukkan telur, telur akan pecah-pecah dan kurang cantik sedikit. Sebenarnya ini semua bergantung kepada citarasa masing-masing.
  5. Kalau ada sayur sawi, waktu ini masukkan bahagian daun. dan agak masak. Bancuhkan tepung jagung.Masukkan dan kacau sehingga sedikit pekat. Akhir sekali,tutupkan api dan sendukkan ke dalam mangkuk. Tabur sedikit daun bawang atau bawang goreng untuk lebih sedap. Tetapi Hana tak letak. Sebab versi bajet.. hihi
Sedapp... Sehingga bertambah-tambah makan dengan housemate..
Maaf tak sempat nak ambil gambar. Dah habis makan baru teringat nak ambil gambar.

Selamat Mencuba.. Semoga bermanfaat..
Google Courtesy





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku di sini..

Aku mula mencari titik mula. Aku mencari rahmat dan belas ehsan-Nya. Aku mencari kasih-Nya yang sempurna. Dan aku merasakan hati dan jiwa mula bersatu dengan diri yang hilang tadi, mulai tenteram.