Thursday, June 24, 2010

Semoga kau tenang di sana...

KetentuanNya tiada siapa yang tahu .. Hanya Allah yang Maha Kuasa Mengetahui bagaimana, dan bila kita akan mati.. tidak kiralah sama ada dengan cara yang perlahan ataupun drastik tapi apa yang pasti apabila tiba masanya nanti malaikat izrail akan datang menjalankan tugasnya dengan penuh amanah tanpa sesaat pun dilengahkannya.. Namun begitu, sudah bersediakah kita untuk masa itu? Tepuk dada tanya iman.. Rata-rata setiap individu menyatakan bahawa setiap yang sakit akan mati dan setiap yang tua akan menemui ajalnya.. namun begitu kita lupa bahawa semuannya adalah ketentuan Yang Maha Esa...
 
 

Jika dikehendaki olehNya saya yang sedang meninta di blog ini untk dipanggil pulang ke pangkuannya, boleh sahaja Dia melakukannya dalam sekelip mata.. Namun begitu.. bersediakah saya,kita dengan amalan-amalan dan bekalan untuk kehidupan selepas itu... Tidak mustahil bagi yang muda untuk untuk dipanggil pulang...
 
baru-baru ini saya mendapat tahu beberapa rakan sebaya telah dipanggil menghadap Pencipta.. Al-Fatihah. Benarlah seperti yang dikatakan betapa peritnya bila kita kehilangan sahabat yang kita pernah kenali . Segala memori terbit dan kenangan itu muncul satu persatu. Kita tidak mampu melakukan apa-apa melainkan membacakan Al-Fatihah dan surah Yasin lalu bersedekahkan kepadanya.Hal ini menyedarkan saya, bila tibanya masa kita dipanggil kembali semua harta benda duniawi tidak dapat turut sama dibawa pergi. Hanya diri yang dipanggil menghadap Illahi... Insaflah dan bertaubatlah..





p/s : Sesungguhnya kita gagal menghargai sesuatu semasa adanya, dan kta hanya menyedari betapa berharganya sesuatu itu setelah kita kehilangannya.... Jadi hargailah setiap apa yang kamu ada (ibu bapa, adik beradik,sahabat, guru,kenalan) dengan sebaik-baiknya..








No comments:

Post a Comment

HRMIS - Kemaskini Diskripsi Tugas

Assalamualaikum semua. Sekarang kebanyakan penjawat akan sibuk mengisi Deskripsi Tugas di dalam HRMIS. Jadi di sini saya nak kongsikan cara ...