Wednesday, December 22, 2010

Dulu vs Kini.. satu Teka-teki.. Satu Misteri..

Demam.
Belum berkurang.
Mahu makan lagi ubat. Walaupun sudah puas dipaksa.
Masa dihabiskan dengan termenung di bilik bacaan..

Ana terjumpa gambar di atas tatkala membelek album-album lama. Rindunya ana pada diri ana yang begitu. Diri yang kuat dan sentiasa tersenyum tanpa memikirkan apa kesannya pada diri sendiri. Lebih kepada berdikari dan menjaga hati manusia di sekeliling. Masa dihabiskan dengan membaca, mengikuti kelas, riadah bersama teman dan sebagainya. Ana kehilangan itu semua bila tahun akhir ana di sekolah mula terasa. Dan kini meninggalkan zaman sekolah membuatkan ana kehilangan diri yang dulu..hurm..itu alasan sebenarnya, kerana saat itu ana sudah lemah, dan terpaksa memilih kesihatan diri yang merosot secara tiba-tiba. Demi diri sendiri, ana jauh dari mereka-mereka yang aku sayangi dan mengejar duniawi.

Ana terlihat gambar ana dan sahabat yang telah lama pergi. [gambar scan ] gambar setahun selepas itu atau setahun sebelum ini. Sakit dan dihimpit kesusahan, tetapi ana masih tegar mengukir senyuman dan berusaha kuat untuk diri sendiri.


"Life must go on". Perubahan belum nampak dengan jelas, cuma yang pasti ana memburu setiap apa yang ana mahukan dengan berusaha segigih mungkin demi cita-cita yang ana dambakan. Satu persatu ana tempuhi, untuk lebih berjaya dan kini ana di IPG KaDRI, dan di sini ana sedar, bahawa semakin hari nan mulai tamak dalam menikmati saat pengajian. Ana mahukan lebih daripada apa yang ana dapat disitu. Ketamakan,ke'tidaksukaan telah merubah diri ana. Hurm, atau lebih tepat masa dan keadaan yang mengubah ana. [Betapa insan ini tidak bersyukur]

Di situ, ana belajar menempuhi segalanya dari kesihatan, kawan, teman sehinggalah lawan. Ana berjumpa dengan seorang teman. Dan amat menyayangi dia. Setelah semua yang berlaku, hubungan kami hanya Dia yang Maha Mengetahui.

Cerita pula tentang hidup ana. Tidak memerlukan teman istimewa, 'boyfriend' or 'girlfriend' tapi cukuplah mempunyai teman yang dapat ana gelar sahabat. Yang membawa ana dan membimbing ana. InsyaAllah, menjadi yang terbaik dari ana yang sebelum ini. [yang pernah sama-sama berkongsi membaca buku ini] . Ketahuilah kamu, sentiasa menjadi teman yang terbaik dan aku amat menyayangimu. Terima kasih kerana bersabar denganku.


Ada seorang teman yang menyatakan kepada ana, dia menyukai ana yang dulu. Ana yang sebelum ini. Bukan suka dalam erti kata mencintai, tetapi suka dalam istilah menyenangi ana yang dulu. Ana yang lama masih tanpa pemikiran yang matang, lucu orangnya, skeemaa dan..... hurm. sebenarnya ana sendiri telah terlupa bagaimana ana yang dulu yang dia mahukan. Masa mengubah segalanya. Ana merasakan diri ana kini dan ana yang dulu masih lagi seorang yang ceria. Masih seorang yang suka ketawa,yang masih mempertahankan prinsip yang tersimpan di dalam diri.

Tetapi kemudian ana tersedar,ana yang hari ini banyak berubah. Terlampau banyak hingga ana mungkin tidak kenal diri ana sendiri. Ana biarkan kesakitan memenuhi diri demi kepuasan manusia di sekeliling aku. Ana kuatkan diri dan mengajar diri menjadi lebih tabah dan berdikari kerana ana sudah ada kudrat mencari rezeki, hidup di perantauan [hanya Terengganu-Kedah :P]. 

Kelemahan ana tutup dengan senyuman dan gelak tawa yang acapkali ana sulamkan dengan kepahitan yang tersekat di kerongkong, saluran nafas . Senyuman ana, meskipun palsu adalah demi memastikan semua orang merasa bahagia.

Dan hari ini, seperti dua hari sebelumnya, ana masih sakit. Belum pernah ana demam seteruk ini sejak kali terakhir ana masih lagi dikendong ayah.Tetapi, ana bukan ana yang  11 tahun dahulu yang akan membiarkan diri terbaring di katil apabila sakit. Ana sudah menjadi insan berhati beku yang melawan segala kesakitan dan bangkit menelan kepayahan demi menjadi diri sendiri. Sebenarnya ana takut menjadi lemah di hadapan manusia lain. [Egokah itu?? hurm..]

Jika direnung kembali, kadang-kala ana merasakan hidup ana macam drama, sinetron di TV3 atau ceritera dongeng. Kisahnya seperti ceritera seorang manusia yang sering digelar itik hodoh. [tidak berapa suka putera katak, geli]. Ana mungkin tidak akan bertukar menjadi angsa putih yang mengembangkan sayap, megah dengan kecantikan, kerana ana tetap akan kekal menjadi itik. Cuma yang pasti, ana tahu ana akan kuat berusaha untuk berubah walaupun perubahan itu mungkin memusnahkan diri dan sedikit apa yang ana pertahankan selama ini.  Sayang emak ayah, adik,abang dan kakak. Dan betapa ana rindu kepada ana yang dulu. Sungguh.



p/s: membawa diri ke Langkawi aku rasa seakan mengubati hati. Tetapi sampai bila aku mahukan masa silam menghantui diri...  
Teruskan perjuangan

No comments:

Post a Comment

HRMIS - Kemaskini Diskripsi Tugas

Assalamualaikum semua. Sekarang kebanyakan penjawat akan sibuk mengisi Deskripsi Tugas di dalam HRMIS. Jadi di sini saya nak kongsikan cara ...