Tuesday, December 28, 2010

Matang...Anda Matang bila...

Ramai yang terkejut dengan perubahan diri ana blog ana. Rata-rata mengatakan bahawa gaya penulisan dan style ana kini lebih menonjolkan diri ana yang sebenarnya. Hurm.. sebenarnya ana sendiri kurang jelas mengenai apa yang ditonjolkan. Kata abang "Inilah blog seorang yang bakal bergelar cikgu, nampak matang sedikit."hehehe. Terima kasih. I'll make our family proud one day. That's my promise. ^^

 

Kata teman,melihat blog ini mereka terkenang ana (farhana aka fafa)  yang dulu, yang di bangku sekolah. Sentiasa dengan buku penulisannya (buku esei) yang sentiasa dibaca, dikomen dan dipinjam rakan-rakan.  Yang selalu sahaja ada cerita yang membuatkan semua bersemangat. (Tidak semua ya) Dengan kata-kata , gurauannya, usikannya, penulisan dan tingkah laku. Memang tidak sangka murid yang nakal akhirnya bakal menjadi guru dan akan menghadapi pelajarnya yang mungkin akan ada sepertinya. Usikan yang dahulu membuatkan temanteman gembira bila terkenang masa dahulu membuatkan hati ini melonjak gembira apabila mengetahuinya.

 

InsyaAllah. Ana ingin mencuba dalam bidang penulisan, terutamanya dalam penulisan kata-kata hikmah.. Ingin sekali di hati ini agar satu hari nanti ana mampu menjadi penulis terkenal seperti Abdul Latif, Ain Maisarah dan ramai lagi.. nanti panjang pula entry ini. Ada benda yang lebih menarik ingin dibincangkan. 


" Bersedekahlah walaupun hanya sepotong kurma, jika kamu tidak mampu maka luahkanlah kata-kata hikmah. Kerana sesungguhnya itu juga adalah sedekah"

Memanfaatkan masa yang masih ada demi kebaikan dunia, akhirat..




Anda Matang apabila....

Berdikari tidak semestinya adalah matang. tapi dengan berdikari mampu mematangkan diri.
1) Bertenang dan bersabar
Anda dapat bertenang dan bersabar seandainya hajat anda tidak tercapai.

2) berfikiran positif
Anda mampu menyembunyikan perasaan anda yang luka dan tersinggung oleh seseorang dalam kumpulan dan berlaku sebagai biasa.

3) Berfikiran terbuka dan besar hati
Anda tidak merasa iri hati bila melihat orang lain dipuji dan disanjung.

4) Tabah
Anda dapat menghadapi kebencian orang yang anda benar-benar merasa tidak sewajar dengan mereka.

5) Mengawal diri
Anda mampu menguasai nafsu gelojoh walaupun anda ingin mendapat perkara yang anda fikir boleh dapat.

6)Menerima
Anda dapat menahan rasa sakit hati dan malu seandainya anda tidak dapat hidup setaraf dengan rakan sejawat anda yang lain.

7) Adil
Anda terus berlaku adil dan saksama walaupun suasana sekeliling menghalang maksud anda.

8) menerima
Anda dapat menerima kritik atau salah faham orang tanpa memperbesar-besarkannya.

9) Future thinking
Anda memandang jauh kedepan, umpamanya dengan sabar menangung kesusahan demi kepentingan masa depan, tanpa merasa resah, bimbang dan ragu.

10) Bertolak - ansur
Anda memberi persetujuan kepada pendapat-pendapat yang anda tidak setujui dalam perdebatan tanpa merasa sakit hati atau tidak senang.

11) Berbahagia
Anda berbahagia bersendirian dengan mempunyai satu kegemaran atau hobi yang benar-benar anda minati. Ini sejujurnya bagi ana, mempunyai sahabat baik disisi lebih membahagiakan daripada mempunyai wang sejuta (millionaire)

12) Jujur
Anda mengaku dengan jujur tidak tahu bila anda betul-betul tidak tahu, tanpa merasa malu.

13) Menyesuaikan diri
Anda menghadapi orang-orang tua atau orang- orang yang lebih berpengaruh tanpa sentiasa berusaha untuk menimbulkan kesan-kesan negatif.

14)Bersederhana
Anda akan cuba melakukan sesuatu dengan sederhana bukannya berlebih-lebihan untuk menunjukkan bahawa anda dapat melakukannya dengan lebih sempurna. Nobody is perfect. Lagipun kesempurnaan itukan milik Allah.

15) Setiakawan
Anda dapat mendahulukan kepentingan orang lain walaupun anda tidak merasa senang kerananya.

16) pemaaf
Anda boleh berlaku wajar,saksamadan mampu memaafkan orang-orang yang tidak anda sukai atu menyakitkan hati anda

17) know to let go
Anda dapat mewujudkan rasa kasih-sayang, cinta atau boleh bersahabat tanpa mendapat tempat yang utama dalam hidup mereka.

18) Easy going
Sekiranya anda lelaki, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan wanita tanpa berfikir bahawa anda adalah lelaki yang jadi idaman setiap wanita.
Sekiranya anda wanita, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan orang lelaki secara jujur.

Alhamdulillah...15/18 daripadanya berjaya ana usahakan dan kuasai... adkah ini maknanya ana sudah matang! hahaha... bagaimana dengan anda pula?

No comments:

Post a Comment

HRMIS - Kemaskini Diskripsi Tugas

Assalamualaikum semua. Sekarang kebanyakan penjawat akan sibuk mengisi Deskripsi Tugas di dalam HRMIS. Jadi di sini saya nak kongsikan cara ...