Friday, February 4, 2011

:: kerana aku tidak seperti yang lain ::

Setiap insan mempunyai rasa kasih dan sayangnya.


Kepada kamu yang selalu saya sayang,

Pelbagai suka duka telah kita lalui dan kongsikan bersama. Dan ini mengukuhkan lagi persahabatan kita. Meskipun satu hari nanti, kamu merasakan diri ini tidak menyayangimu. Ingatlah bahawa itu tidak benar kerana aku amat menyayangimu, mungkin kerana aku tidak pernah atau jarang sekali melafazkan sayangku kepada seorang sahabat sepertimu. Kerana sesungguhnya aku tidak pandai dalam melafazkan dan menunjukkan sayangku kepadamu. Aku tidak seperti yang lain.

Terima kasih atas apa yang diberikan olehmu kepadaku. Kenangan kita bersama sungguh indah sekali meskipun bagi yang lain hal itu hanya kecil tetapi tidak bagi aku. Meskipun banyak perkara yang berlaku kamu masih disitu, menanti dengan penuh sabar. Terima kasih. Dan aku mengagumi kamu . Persahabatan kita bagaikan memberi aku sinar,nafas dan semangat untuk meneruskan perjuangan. Perjuangan aku sebagai bakal guru adalah lebih manis dengan kehadiranmu disisi. Terima kasih. Kamu telah mengajar aku untuk mencari dan mengenali diri aku sedikit demi sedikit. Sememangnya aku lebih yakin dengan adanya kamu disisi. Kerana aku tidak seperti yang lain.

Hari-hari terpentingmu. Disaat kamu buntu.Disaat kamu memerlukan seseorang. Maafkan aku kerana tidak berada bersamamu disaat aku menjanjikan begitu. Maaf jika dirimu pernah ku kasari dan sakiti hati kecil itu. Namun ketahuilah, bahawa apa yang aku beri itu adalah ikhlas dariku meskipun tidak seberapa . dan hadiah itu juga.

Andainya aku pergi, kamu akan menjadi orang yang akan sukar untuk ditinggalkan.

Andai aku pergi, aku ingin kamu terus berjuang dan Berjaya mencapai cita-citamu, menjadi guru yang terbilang. Kerana aku percaya kamu mampu

Hadiah itu aku hadiahkan kerana seandainya aku pergi dahulu gunakanlah ia sebaiknya. Sampaikanlah ilmu yang bermanfaat dari itu kerana dengan itu aku berharap akan memperoleh syafaat di sana kelak.

Hadiah yang aku hadiahkan itu mungkin tidak secantik yang kamu harapkan. Atau tidak scomel yang kamu sukai. Namun aku berharap kamu menerimanya . 


p/s : Persahabatan itu lebih indah setelah apa yang kita lalui bersama.

No comments:

Post a Comment

HRMIS - Kemaskini Diskripsi Tugas

Assalamualaikum semua. Sekarang kebanyakan penjawat akan sibuk mengisi Deskripsi Tugas di dalam HRMIS. Jadi di sini saya nak kongsikan cara ...