Friday, February 24, 2012

:: Moga menjadi sepertimu,ana ::

Assalammualaikum.. ini nak dikongsikan sebuah cerita yang dilihat di sini..

terasa ada perkaitan dengan diri. Selamat Membaca

Cerpen: Kerana Ku Cinta Padanya

Dalam samar hubungan kita, masih ada cinta padanya
~picture by Laila Jihad of Deviant Art~
“Ana!!!” jerit Aisyah dari hujung talian. Ana terpisat-pisat menadah telinga menahan jeritan Aisyah dari sana. Panggilan bersambut belum sempat menghulurkan salam sudah terdengar jeritan namanya dipanggil di talian sebelah sana.
“Ya Allah…waalaikumussalam Cik Aisyahku sayang. Nape terjerit-jerit ni? Hehe…excited dengar suara kite ke?”
“Good news and great event! Cuba teka.”
“Hmmm….awak nak grad this coming August?” tekanya secara rambang.
“Bukanlah…of course kite grad tahun ni. Tapi sebelum tu, kite ada plan baik punya nak share dengan awak.” Girang suara Aisyah di hujung talian bagaikan membuak-buak ingin meletus memberitahu Ana tentang sesuatu.
“Ok…I’m listening.” Ana memfokuskan telinganya rapat dengan telefon bimbit.
“REUNION!!! Kite plan nak buat reunion bulan Julai ni. Dan awak will be the person in-charge..full stop, sebarang surat menyurat bantahan tidak akan dilayan….hehehehe.” sempat Aisyah tertawa sebelum mengakhiri ayat.
“Wow!!! Great….but it’s a NO. Mana boleh kite yang in-charge. Kite kerja la…Kalau kite jadi pembantu awak boleh. Which means, awak pengarah kepada our 1st batch Reunion. Deal?” rayu Ana.
“Alaaa…” Aisyah mengira-ngira dalam kepala. “OK, deal.” keputusan dibuat.

Kertas Kerja REUNION
Pengarah : Izara Aisyah
Timb. Pengarah : Ana Raffali
~tet tet~
SMS diterima masuk ke peti mesej telefon bimbit milik Ana.
‘Aik? kita berdua je ke dalam board reunion ni?’
Aisyah membalas. ‘Yup…hehe… takpe, kecil-kecilan je. By the way, kawan-kawan dari overseas pun balik so dorg akn join skl.’
Ana. ‘Yes yes…oh my rindunya kat kawan-kawan semua’.

Pertemuan setelah hampir beberapa tahun terpisah dek jarak dan masa, kerana masing-masing merantau ke negeri orang menuntut ilmu benar-benar mengeratkan kembali ukhuwah mereka. Mereka berpelukan dalam tangisan, melepaskan rindu di dada, meluahkan sayang dalam simpulan tangan dan pelukan mereka. Allah…bagai ingin menjerit di segenap pelosok jiwa mereka memohon Allah memelihara hubungan ini hingga ke akhirnya. Mereka membesar di sekolah tarbiyah bersama-sama. Tidur di asrama usang itu, makan setalam, belajar dan menempuhi proses tarbiyah hingga tingkatan lima. Setelah hampir tujuh tahun selepas keluar dari sekolah, mereka bertemu dengan satu janji ingin terus menyintai dan menyayangi sahabat-sahabat sefikrah mereka dalam ikatan kasih sayang Allah. Pertemuan untuk saling menguatkan.
Tiga hari dua malam mereka menghabiskan program reunion. Bermusafir, gotong-royong masak bersama, tidur, solat berjemaah dan saling ingat-mengingati dengan pengisian-pengisian rohani buat jiwa-jiwa yang hidup yang sentiasa dahagakan peringatan-peringatan dari Allah.
“Ingatlah sahabat-sahabat sehati sejiwa ku sekalian. Inilah ukhuwah yang ingin kita simpan, pelihara dan bawa menghadap Allah kelak. Inilah ikatan yang ingin kita tunjukkan bahawa simpulan kasih yang kita bina ni adalah atas dasar ingin mencari keredhaanNya. Reunion ni bukan sekadar suka-suka. Reunion kita ialah ingin mencari redha Allah. Ukhuwah kita bukan sekadar di bibir sahaja. Tapi inilah ukhuwah yang ingin kita bawa menghadap Allah kelak di akhirat sana.” Salina menyampaikan sedikit tazkirah sebelum mereka beransur pulang mengakhiri program reunion tiga hari dua malam itu.

“Kite ada terbaca satu perkongsian tentang ukhuwah. Alamak, tak ingat la pulak di mana. Dalam kata-kata tu ada menyebut, tiga kunci kekuatan ukhuwah iaitu, tidur, solat dan musafir bersama.” Salina menambah lagi di hujung bicaranya.
“Wah…maksudnya kita dah capai ketiga-tiganya la kan sepanjang tiga hari dua malam ni!” Aini menjerit keriangan mengejutkan yang lain. Mereka ketawa sambil mengangguk.
“Ya Aini ku sayang. Kita dah laksanakan ketiga-tiga syarat tu. Solat berjemaah, tidur sama-sama dan musafir sampai lah ke destinasi terakhir hari ni. Alhamdulillah.” sahut Salina dalam senyuman.
“Terima kasih pada Aisyah dan Ana kerana berjaya merencanakan program reunion kita kali ini. Last minute perancangan, but you girls did an awesome job.” Dina menepuk-nepuk bahu Aisyah.
“Alahai sebab rindu sangat ni, last minute ke tak last minute ke, reunion mesti ON. Betul tak Ana?” Aisyah membalas sambil menyorot pandangan pada Ana.
“Hehe..betul-betul.” Ana menyahut. ‘Ya Allah Kau peliharalah ukhuwah ini. Sungguh aku sangat mencintai sahabat-sahabatku ini.’ Berdoa Ana dalam hati sambil mengamati dalam-dalam wajah setiap sahabat di hadapannya. Biar yang indah sahaja tersimpan kemas dalam memorinya, biar kebaikan menutupi segala kekurangan kerana mereka sahabatnya sampai syurga.
Mereka berpisah. Berharap akan ada lagi pertemuan sebegini. Mengharapkan jua teman-teman lain boleh turut serta. Memohon Allah terus memelihara kasih sayang mereka. Pelukan terakhir dileraikan, huluran salam dan ciuman di pipi sahabat-sahabat menyorot langkah masing-masing pulang.

Beberapa bulan kemudian mereka terus berhubung di laman sosial. Gambar-gambar kenangan yang diambil sepanjang reunion yang lalu menjadi santapan tatkala kerinduan membuncah di jiwa. Hingga satu saat, ujian Allah datang mengetuk sebuah ikatan.
“Weh Ana…awak jangan masuk campur la hal saya. Awak sahabat saya, jangan sampai saya benci awak sebab hal ni.” Dina membentak di hujung talian.
“Kite cuma nak tegur awak. Awak tak payah la buat macam tu. Secara tak langsung awak mengaibkan maruah kawan kite.” Ana membela diri.
“Fine…sekarang awak pilih. Saya atau dia!”
“Ya Allah Dina!!! Kite tiada hak untuk memilih dan tak mahu pun memilih antara kalian. Dua-dua insan yang paling kite sayang. Salahke kite nak tegur awak?” Ana merayu, matanya mula berair menahan getar di jiwa. Risau, teguran yang kasar sebentar tadi telah menaikkan amarah sahabatnya itu. Tapi niatnya hanya ingin menegur. Sahabatnya membuat kesilapan. Salahkah?
“Baik…kita putuskan persahabatan ni. Awak bukan lagi kawan saya!” Ya Allah, bergetar jiwa Dina melaungkan perkataan itu. Tapi hatinya nekad. Ana harus menanggung akibat dari perbuatannya. Tegur? Itu bukan teguran namanya. Ana benar-benar telah melukakan hatinya. Sahabat yang dia kenal lebih dari tujuh tahun, akhirnya telah merobek jiwanya yang paling dalam dan kemaafan bukan penyelesaian.

“Dina…maafkan kite Dina. Kite tak sangka kata-kata kite buat awak terluka sampai macam ni. Kite pun terluka awak buat macam tu pada kawan kite.” Ana memohon maaf. Sesal kerana terlepas bicara. Niatnya hanya untuk menegur, tapi tersilap menggunakan bahasa. Ya Allah.
Dina memutuskan talian. Dibuang segala profil diri ana dalam simpanan telefonnya dan segala bentuk perhubungan alam maya. Dina nekad. Luka jiwanya tak mampu diubati dengan hanya sebuah kemaafan. Ana sahabatnya. Kesilapannya itu tidak dapat diterima langsung. Dia tidak sanggup untuk meneruskan ikatan persahabatan antara mereka. Biar terlerai asal hatinya puas menghukum Ana. Biar terpisah, asal egonya menang. Untuk itu, dia memilih melupakan Ana yang pernah hadir dalam hidupnya.
Ana kesal. Nasi telah jadi bubur. Dia sedar kesilapannya. Dia sedar bicaranya yang kasar merobek jiwa sahabatnya. Maaf sudah dihulurkan tapi itu tidak mampu meruntuhkan sebuah amarah. Ana mengaku kesilapannya, mengaku dirinya yang khilaf, tapi itu juga tidak mampu mengembalikan cinta sahabatnya. Benarkah ukhuwah antara mereka sudah tiada? Ya Allah pedihnya.

Sikap Ana yang murung dan tiada mood  sepanjang minggu itu telah disedari beberapa teman serumahnya. Kerja hariannya beres seperti biasa, tapi auranya seolah-olah kelabu, muram dan tiada seri. Senyumnya seakan-akan terpaksa pabila bertegur sapa dengan yang lain. Diamnya tak seperti kebiasaan. Ada sesuatu yang membuatkan dia gundah gulana. Risau untuk menegur takut dikata busy body, tapi terdetik..’aah bukankah kami ini sahabat sefikrah tinggal serumah? Peha kanan sedang sakit, peha kiri patut terasa juga.’ Hidayah menghampiri. Berbekalkan sedikit ilmu psikologinya yang dipelajari di kampus, dia ingin mencungkil masalah teman serumahnya yang seorang itu.
“Ana…” tegur Hidayah sedang Ana melipat kain.
“Ya Kak Dayah” Ana membalas tanpa berpaling dari kain-kain di tangannya.
“Hmm Kak Dayah nak tanya sesuatu boleh?”
Ana berpaling, tangannya masih ligat melipat. Matanya melihat jauh ke dalam mata Hidayah.
“Ana ada masalah ye?” teka Hidayah. Ana tunduk menahan sebal.
“Ada la sikit. Nape Kak Dayah? Muka Ana ketat sangat ke?”. Muka ketat, terma popular dalam rumah tu pabila ada ahli rumah yang kurang memberikan senyuman terutama kalau sedang tertekan membuat tugasan kampus. Selalunya, Hidayah yang mendapat gelaran muka ketat, dan Ana yang seringkali mengusik Hidayah dengan gelaran itu. Tapi kali ini,terbalik pula.
“Hehe…ketat la jugak.Ana nampak diam tak macam selalu. Ada apa-apa nak dikongsikan dengan kak Dayah?”
“Hmm… ada masalah. Tapi rasanya berdiam itu lebih baik kan kak Dayah. Takut nanti berkongsi hal ini dengan orang lain, dikhuatiri tidak sengaja membuka aib orang lain.”
“Tapi kalau disimpan sampai boleh buat kita tertekan, bahaya juga. Sekurang-kurangnya jangan pendam sorang-sorang. Sebab Ana nampak runsing benar dengan masalah yang satu ni. Fasal thesis ke?”
Ana menggeleng dioles sedikit senyuman di bibirnya.
“Bukan thesis. Thesis pun satu masalah juga. Tapi ada masalah lain.”
“Ok kalau tak bersedia nak berkongsi sekarang tak pe. Tapi kalau nak cerita, kak Dayah sentiasa ada untuk Ana.”
Ana senyum lagi. Sedikit lega ada yang prihatin. Masalah itu benar-benar menggusarkan jiwa raganya. Terasa bersalah jua kerana menyebabkan ahli rumah kurang selesa dengan tingkahnya sejak masalah itu timbul.

Satu hari Ana merapati Hidayah.
“Kak Dayah… kenapa ya, orang yang sudah mengalami proses tarbiyah sekian lama pun masih buat kesilapan macam orang yang tak pernah melaluinya?” Ana bertanya, cuba menahan getar di jiwa. Hatinya membuak-buak ingin mendapatkan kepastian.
“Hmm.. adikku sayang. Proses tarbiyah tak mampu menjanjikan insan sehebat malaikat. Sebab itu hanya proses, hanya sebuah didikan. Allah yang punya kuasa untuk menentukan corak dan acuan bagaimana yang akan lahir dari sebuah proses tarbiyah. Macam kita masuk sekolah agama la. Tak semua student sekolah agama end up jadi ustaz ustazah. Mereka terima didikan yang sama, tapi pilihan terletak di tangan mereka. Ada yang ingin berakhir sebagai Doktor berIman, ada yang ingin keluar menjadi Ustazah pilihan. Ada juga yang keluar nak jadi terbaik, tapi Allah izin menjadi masalah kepada masyarakat menambah beban kepada ummah.”
“Tapi dia lahir dari keluarga tarbiyah. Masuk sekolah tarbiyah. Dan proses tarbiyah tu terus berlangsung hingga sekarang. Kenapa masih dia buat kesilapan macam orang yang tiada tarbiyah?” Ana menggasak lagi dengan persoalan. Jiwanya dahagakan jawapan. ‘Dia’ yang dia maksudkan tidak lain ialah dirinya sendiri. Dan ‘Dia’ itu juga merujuk kepada sahabat sefikrahnya, Dina. Ana inginkan kepastian, diakah yang salah atau Dina yang khilaf dalam hal mereka.

“Sebab kita tak sempurna Ana. Sebab kita akan sentiasa diuji dan melakukan kesilapan. Yang akan menjadi benteng ialah Iman dan kesan proses tarbiyah tadi. Ada yang memilih untuk memenangkan Iman, maka Allah akan pelihara dia dari kesilapan. Ada yang memilih untuk memenangkan nafsu dan syaitan, maka Allah akan menjahanamkan. Ingat firman Allah dalam Al-Quran yang selalu kita baca dalam usrah rumah kita, petikan dari Surah Al-Baqarah ayat 214.” Hidayah membacakan ayat itu dengan tenang.

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah? Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah).

“Ana khilaf kak Dayah. Ana telah melukakan hati sahabat Ana.” akhirnya terhambur jua masalah yang terpendam di jiwanya. Hidayah menghulurkan bahunya. Ana menangis semahunya. Sebelum ini dia hanya mampu menangis bila menatap tohmahan sahabatnya yang terpampang di dinding laman sosial. Memarahi dirinya kerana telah mengkhianati sebuah ikatan persahabatan. Hari ini, baru dia mampu menghamburkan segalanya.

“Sabar dik. Allah sedang menguji Ana. Allah nak lihat sejauh mana Ana cakap Ana sayangkan sahabat Ana ni. Sebab tu Allah uji. Allah nak kuatkan cinta Ana pada dia.” Hidayah menenangkan. Risau dia melihatkan esak tangis Ana tadi.
“Ana dah minta maaf, tapi kenapa dia perlu hebahkan kisah yang berlaku antara kami pada umum? Ana malu. Ana tau silap Ana, tapi…” menangis lagi. Rupanya ini yang dirunsingkan selama ini. Bukan saja persahabatan diputuskan, malah aib dirinya telah diketahui umum. Oh Allah… rintihnya dalam hati.

“Jadi apa yang Ana buat?” soal Hidayah.
“Ana diam. Ada yang bertanya, tapi Ana diam. Ada yang tahu, Ana nampak pandangan mereka pada Ana lain macam saja. Ana tahu mereka tahu. Ana malu. Apa lagi yang Ana mampu buat? Ana diam. Ana nak bela diri. Tapi Ana tak kuat untuk berhadapan dengan mereka. Mereka hanya tahu kisah sebelah pihak. Mereka tak dengar bahagian Ana.” Ana membela diri dalam jawapannya yang panjang.

“Ana kuat sebenarnya. Kak Dayah tahu Ana kuat. Hanya orang yang kuat mampu diam tatkala marah, mampu diam tatkala dirinya punya hak untuk bangkit membela.” Hidayah meyakinkan Ana. 

 Hatinya juga tidak pasti adakah benar nasihat yang dia berikan. Tapi dia yakin, Ana cukup kuat untuk menghadapi ujian ini.
“Habis sampai bila mereka hanya nampak aib Ana, khilaf Ana, salah Ana?”
“Sabar…Allah bersama-sama orang yang sabar. Allah akan singkap kebenaran tu suatu hari nanti.”
Ana seolah-olah disuntik kekuatan setelah meluahkan pada Hidayah. Dia sedang bersabar, dan dia mesti terus bersabar.
Beberapa hari kemudian, wajah ceria Ana kembali menghiasi rumah sewa kecil mereka. Hidayah sedar perubahan Ana. Dia tak lagi muram dan diam.

“Ana ok?” Hidayah menegur.
“Alhamdulillah, thanks a bunch my dear sister. Ana ok. Hmm kak Dayah nak tahu tak, bila fikir-fikir balik kan, Allah sebenarnya nak tegur Ana la.”
“Tegur apa?”
“Ana terluka sebab sahabat Ana tinggalkan Ana, abaikan Ana, aibkan Ana dan layan Ana macam ini. Sebenarnya kan, situasi ni pernah Ana buat pada sahabat yang lain.”
“Maksud Ana?” Hidayah masih bingung.
“Hmm Ana pernah memberi layanan yang tak baik pada seorang teman serumah kita. Ana juga tak suka sikapnya dan kesilapannya tak dapat diterima. Walaupun dia dah minta maaf, tapi Ana masih terus-terusan dingin dengan dia.” keluhan dilepaskan. Menyedari selama ini sikapnya yang tidak baik dengan seorang teman serumah mereka.
“Patutlah kak Dayah macam sedar hubungan Ana dengan dia nampak kaku. Tak macam Ana dengan kak Dayah, senang bergurau.” Kak Dayah meneka. Dia juga sedar situasi itu, tapi sangkanya Ana dan teman serumah itu tiada apa-apa.

 ”Kak Dayah, Allah nak didik Ana supaya menghargai nilai persahabatan. Allah nak suruh Ana belajar lagi menyayangi sahabat meskipun dia hanya teman serumah, dia tetap dikira sahabat.”
“Tambah-tambah, teman serumah yang melalui proses tarbiyah sama-sama. Tak sama tau dengan teman serumah yang biasa. Kita yang lalui proses tarbiyah, kena lebih baik dalam setiap tindakan dan perasaan kita. Kadang-kadang kita kena ketepikan kepentingan peribadi demi memelihara sebuah ikatan. Mudahan Allah pelihara hati-hati kita.” Hidayah menambah, mengingatkan juga dirinya. Apa yang terjadi pada Ana, turut mendidik diri dia.

“Ana dah maafkan sahabat tu?” soal kak Dayah lagi.
“Ana dah maafkan sahabat tu dan juga teman serumah kita. Ana fikir, eloklah Ana diam dari bangkit membela diri jika dengan cara ini Ana dapat tutup aib dia. Ana khuatir kalau Ana bersuara, Ana hanya akan menangkan ego sendiri, tak sedar membuka aib orang lain pula. Dan Ana nekad, ingin melayan teman serumah dengan lebih baik. Hehe… Tak gemar juga dengan sikap dia, tapi kalau dengan cara ini dapat mendidik sabar, makanya pejamkan je la mata. Hehe…” Ana ketawa dalam tenang wajahnya. Hati masih terluka, tapi dia harus teruskan hidup dan mendidik diri dia dengan Iman, sabar dan redha.

“Takpe la, kita tegur slow-slow kawan kita yang sorang tu.” Kak Dayah menyarankan. “Bersabarlah Ana. Allah pasti akan menunjukkan kebenaran itu. Tapi suatu masa ana kena bangkit juga membela diri. Jangan biar maruah kita dirobek. Andai ini hanya antara Ana dan dia sahaja tahu, tak apa la. Tapi kalau melibatkan perhatian sahabat-sahabat lain, Ana patut membela diri. Tak salah nak bersabar dan mengalah. Tapi jangan sampai sahabat lain pula salah faham dengan Ana nanti.” ulas Kak Dayah panjang lebar memberikan pandangan.

“Hmm Kak Dayah…ana nak membela diri. Tapi masih belum punya kekuatan.
Hati Ana terluka. Namun, masih dapat memaafkan. Buat masa ni, berdiam diri lebih baik untuk Ana dari mengeluarkan sebarang kenyataan. Kak Dayah, Ana akan terus ingat kebaikan-kebaikan dirinya. Jika dengan cara ini Ana dapat lupakan perbuatan dia pada Ana, jika dengan cara ini Ana dapat kekalkan cinta Ana pada dia, Ana akan terus mengingati dia sebagai sahabat yang baik. Kerana Ana cintakan dia sahabat sampai syurga Ana.”

No comments:

Post a Comment

HRMIS - Kemaskini Diskripsi Tugas

Assalamualaikum semua. Sekarang kebanyakan penjawat akan sibuk mengisi Deskripsi Tugas di dalam HRMIS. Jadi di sini saya nak kongsikan cara ...