Friday, December 28, 2012

:: Alhamdulillah :D ::

Assalamualaikum wbt. Selamat pagi semua. Apa khabar pagi ini? Moga semuanya sihat dan berada dalam keadaan baik.

Alhamdulillah pagi ni indah sangat. Dan kebetulan meng'online di facebook, terperasaan laman untuk memeriksa keputusan exam semester lepas sudah boleh. Tersenyum tapi da macam tersengih - sengih jea. bukannya apa, berdebar sangat-sangat. da beberapa kali mencuba untuk check online tapi tak dapat.

masukkan no. kad pengenalan : 91052******.

dapat! gembira menanti page loading. :) ..Tadaa. Alhamdulillah. keputusan cukup untuk menggembirakan tapi abang kata cemerlang da ni. Yea la subjek yang sangat-sangat risau tak lulus, dapat B+.

 "da kira hebat la tu". 

"hehe. tapi orang lain dapat A." 

" relaks la. akak belajar sebab nak dapat A ja?"

" takde la. teringin juga dapat result gempak macam yang lain." 
*usaha tak hebat, mane nak dapat result hebat. :P

" inshaa Allah, usaha la lagi. Allah tu Maha Besar dan Maha Mengetahui. Kadang-kadang Dia tak mau bagi lagi akak rasa kejayaan, sebab nak akak berusaha dan selalu ingat Dia. Bila sampai masanya nanti, akak sendiri akan rasa manis disebalik apa yang Allah kurniakan. Abang takde la pandai sangat tapi He make who i am today. :) Tetapkan niat. Jadi Murabbi terhebat. Tak mau setakat jadi hebat exam ja. Exam sekadar nombor saja. Yang penting lulus semua."

pandai juga abang saya ni memotivasi. hehe. sebenarnya kalau rasa down silalah bercakap dengan dia,sememangnya akan rasa bersemangat yang berapi-api. :D tak percaya sila lah cuba.

sebenarnya, saya da sangat-sangat bersyukur. Sebabnya Allah da kurniakan kesihatan yang baik sepanjang saya menduduki exam. Takde kena masuk wad macam dulu-dulu. Dan keputusan ini sudah membuat saya gembira sebab saya tau usaha saya tidak seberapa ni pun, Allah dah gerakkan hati pemeriksa untuk beri lulus.

Terima kasih tuan-tuan, puan-puan pesyarah sebab memberikan saya ilmu dan tunjuk ajar. Inshaa Allah, semester-semester yang akan datang saya akan pastikan saya memperbaiki dan pertingkatkan kualiti kerja kursus saya serta rajin belajar lagi. :)

dan kepada sahabat-sahabat keluarga Matematik saya, Tahniah! atas kejayaan semua. Yang 4 rata sila kekalkan prestasi, kepada yang kurang sama-sama kita berusaha. Allah sentiasa mendengar dan bersama kita semua. Man jadda wajada. :D

Mak dan ayah, tanpamu siapalah saya. :D



No comments:

Post a Comment

HRMIS - Kemaskini Diskripsi Tugas

Assalamualaikum semua. Sekarang kebanyakan penjawat akan sibuk mengisi Deskripsi Tugas di dalam HRMIS. Jadi di sini saya nak kongsikan cara ...