Wednesday, July 30, 2014

:: Syawal di sini dan di sana ::

Assalamualaikum semua.
dan salam Aidil Fitri juga buat semua. Rasanya belum terlewat lagi untuk Hana ucapkan untuk semua.

macam mana dengan sambutan semua? meriah alhamdulillah. Syukur Allah masih berikan kita peluang untuk sama-sama kita merayakan Aidil Fitri ini dengan aman.bersama keluarga dan sahabat handai.

Raya tahun ni alhamdulillah, meriah.. meskipun tak cukup korum (tak cukup semua).
mula-mula rasa sedih juga tetapi bila fikirkan ada juga famili yang sama macam Hana..jadi senyum balik. Patutnya Hana memang kena bersyukur. sebab masih lagi boleh sambut raya dengan aman.
Betul tak? *dush2 belasah diri.


Bersyukur
Banyak benda yang perlu bersyukur sebenarnya dalam kita menyambut raya ini.
Sedih bila lihat saudara-saudara kita di Gaza. Ya Allah.. Kau selamatkanlah mereka.
selalu juga timbul rasa di hati? bagaimana sambutan raya di sana? Bagaimana solat raya? juadah raya?
adakah makanan untuk mereka? Luka mereka..sakit mereka... bagaimana?





This is a little sketch that show the REAL situations on what had happening in Gaza. #PrayForGaza


Jadi, dikesempatan ini Hana nak minta kita semua doakan untuk saudara kita. keluarga kita.

Doa jangan henti kerana itulah peluru. Peluru yang ditujukan kepada Israel dan ke atas Israel supaya mereka dan segala usaha mereka untuk menzalimi rakyat Gaza dihancurkan.

Allah lebih tahu. Ayuh kita doa, derma dan ambil tahu.. Ambil tahu. Itu yang paling penting.

baiklah. cukup sini dlu. Jumpa lagi!

No comments:

Post a Comment

HRMIS - Kemaskini Diskripsi Tugas

Assalamualaikum semua. Sekarang kebanyakan penjawat akan sibuk mengisi Deskripsi Tugas di dalam HRMIS. Jadi di sini saya nak kongsikan cara ...