Saturday, September 3, 2016

Kisah 3 : Duit Oo Duit

Semalam setelah hampir 2 minggu mengajarkan mewakilkan nilai wang. Akhirnya Cikgu Hana dapat satu idea. Mengenai bagaimana untuk bantu murid kelas supaya dapat mewakilkan wang menggunakan duit syiling...

Sejujurnya, murid Cikgu tahun 1 ni lain dari murid-murid Tahun 1 yang lain. Mereka hanya mengenal wang 20sen, 10sen, 50sen,5sen.. Tetapi bila minta mereka untuk gabungkan duit mereka akan senyum2 sahaja....


Tetapi jika murid untuk mewakilkan duit yang sama nilai dengan RM50. Laju sahaja mereka menggabungkan wang-wang kertas (sampel ye ^_^)  menjadi nilai RM50.. Jadi sebelum rehat, 4 orang murid dipanggil.


Cikgu : Freddyson, Raymondnick, Jessyca, Intan nanti turun jumpa cikgu boleh?
Murid2 : OK cikgu.di bilik guru?

Cikgu : Aok. (ya)


Tepat jam 3. Mereka turun.

I: cikgu2.. kenapa cikgu panggil kami?
Cikgu: ok.. ambil duit ni.. nanti rehat beli nasi lemak makan... 
F: saya ada duit cikgu... 
Cikgu: oh..tak apa. Duit kamu buat beli air.. Duit cikgu buat beli nasi saja boleh... Semua suka beli nasi kan?
R&J: boleh beli makan cikgu?
Cikgu: Aah ya.
J&I : Cikgu, duit kami sikit (sambil bilang kepingan duit syiling)
Cikgu: Tak apa.. Nanti tunjukkan pada makcik. Kalau makcik cakap tak cukup. datang jumpa cikgu.


Di kelas, 4.00petang.
Cikgu: Freddyson, Raymondnick, Jessyca, Intan da makan rehat tadi?
Murid-murid : sudah cikgu.

Cikgu: ok. sekarang awak ambil kertas ni . tulis di papan apa yang cikgu tulis.
(Sebenarnya tadi da tuliskan bilangan wang syiling mereka)

Murid: sudah cikgu!
Cikgu: Ok..duduk.


Cikgu: Kelas, cikgu nak tanya sama ka tidak jumlah wang kawan kamu?
kelas: tak sama...sama...eh..tak sama.. (suara tak sama yang paling kuat)

Cikgu: ok.. tunggu2. Freddyson, Raymondnick, Jessyca, Intan kamu beli apa tadi dengan duit cikgu?
Murid: Nasi lemak...

Cikgu: Kelas, berapa harga nasi lemak?
Kelas: seringgit !!!

Penjelasan demi penjelasan.. Alhamdulillah, akhirnya murid-murid dapat mewakilkan wang dengan nilai2 yang diberi...
Mereka juga dapat menambah wang dengan baik. OBJEKTIF TERCAPAI!!


Dilihat jam tangan, masih ada 15 minit, boleh ulangkaji ni. Minggu depan da ujian..

Satu soalan tambah 2 digit dengan 2 digit.. Minta mereka tulis dalam bentuk lazim seperti tambah wang tadi.

Tak ada yang sukarela.. lalu dipanggil nama.

OK.. betul cara kamu..
Cikgu: ok.. cuba selesaikan...kira 
R: Tak tahu cikgu..
Cikgu: tadi kamu boleh tambahkan wang.. ok. 2+3 berapa? 
R: 5. 
CIkgu: haa.. betul pun. ok selesaikan...


soalan pertama siap dijawab dengan bimbingan..
 20+15 = 37

Untuk soalan kedua, masih lagi tambah dua nombor.
Masih lagi tak ada yang sukarela. dan tak ada yang berikan jawapan.

kemudian, saya tulis satu soalan RM2+RM15.. sebelum sempat nak tuliskan bentuk lazim...
Tiba-tiba dengar ada yang berikan jawapan 37 ringgit..

Sangkaan saya sebab mereka dapat meneka jawapan dengan lihat soalan sebelum ni...
jadi uji lagi dengan soalan tambah wang, RM10 +RM55,

65 ringgit cikgu!!! ( jelas dan kuat jawapan yang diberikan)..

Cikgu: Kamu ni.. tadi cikgu bagi soalan itu (soalan tambah biasa), kamu tak nak jawab. Ni soalan ni ramai pula nak jawab... sama ja soalan ni. Tambah juga.

Tiba-tiba, jawapan Raymondnick buatkan saya terkedu

Itu tambah wang cikgu.. saya tahu la.. yg tadi tu tak tahu....


Maka, berhuhuhu la cikgu..... Tak tahu nak cakap bagaimana..haha



Mengajar Tahun 1, cabarannya fuh... hanya yang melalui merasai...












No comments:

Post a Comment

HRMIS - Kemaskini Diskripsi Tugas

Assalamualaikum semua. Sekarang kebanyakan penjawat akan sibuk mengisi Deskripsi Tugas di dalam HRMIS. Jadi di sini saya nak kongsikan cara ...