Saturday, March 4, 2017

5 Cara untuk Pastikan Kerja Anda Siap..

Hari ini meskipun minggu pertama bulan 3, aktiviti Kokurikulum masih diteruskan pada hari Sabtu.
Kuat..Kuat.. Cikgu kuat..

Kerana anak murid.. Cikgu gagahkan diri meskipun rasa kurang sedap badan.
Awal pagi seusai subuh, membelek RPT bagi Unit PPIM. Selaku Ketua Guru penasihat PPIM, ketua perlulah menyatakan apa yang hendak dilakukan...

Sejak dari bangku sekolah hingga sekarang, saya tak pernah ambil tahu tentang Pergerakan Puteri Islam. Dibesarkan dan belajar mengenai unit Beruniform Pengakap dari sekolah rendah ke sekolah menengah, di IPG juga masih pengakap... Namun, posting ke sekolah Tatau ini saya mendapat unit Beruniform Pergerakan Puteri Islam Malaysia atau nama glamournya Puteri Islam /PPIM...


Sejujurnya agak huru hara juga life apabila terpaksa memegang jawatan ketua.. Nak memahami sistem PPIM dan kendalikan file.. fuh.. bukannya senang. Dengan 10 tugas lagi menanti.. dan berbelas-belas file yang perlu sentiasa diupdate.. Bukannya senang..

Namun, ini la cabaran seorang guru. As a teacher, we have to be capable to do everything... and be flexible.



So, harini saya nak kongsikan cara macam mana untuk pastikan kerja siap dan kita masih ada masa to relaks..


  1. sebelum tidur, listkan perkara yang anda perlu siapkan. Saya tulis segala yang saya hendak buat keesokannya. Suami selalu je senyum tengok list-list tu bila time cuti, basuh baju dan sarapan pun masuk dalam list... (kononnya workaholic person selalu terlupa makan minum)
  2. Siapkan perkara yang perlu disiapkan ikut keutamaan.
  3. Manage your time. Bahagikan masa sebaiknya Kalau perlu buat jadual, buat jadual. Spare your time for Tahajud/Dhuha, Zikir dan istighfar, baca Al-Quran. At least one page a day.
  4. Solat di awal waktu. Ini sangat-sangat penting. Bila solat awal waktu, rasa masa panjang ja . lama ja masa...
  5. Doa selalu minta dengan Allah. dan be nice to everyone . Bila kita baik dengan semua orang, InsyaAllah. Orang pun baik dengan kita. Mudahkan urusan orang. Allah akan mudahkan urusan kita.

Selalu pesan kepada diri.. Chill.. Tenang.. InsyaAllah, boleh. Be organize, list out. Buat satu persatu..
Perasaan yang sangat best bila dapat siapkan dan tick list yang kita dah buat. Rasa macam dah accomplished the mission..

No comments:

Post a Comment

HRMIS - Kemaskini Diskripsi Tugas

Assalamualaikum semua. Sekarang kebanyakan penjawat akan sibuk mengisi Deskripsi Tugas di dalam HRMIS. Jadi di sini saya nak kongsikan cara ...