Saturday, August 12, 2017

Lukis warna..lukis..warna..warna

Hai semua. Harini hari Sabtu. Hari untuk anak murid-muridku. *lalalala. Enjoying singing time.
Ya.This is my routines on weekend. Setiap Sabtu kebanyakan hari akan terisi dengan program-program di sekolah. 

Jadi, pada 12 Ogos. Hari ini adalah Hari Tatau bersama ASNB. Dan sememangnya untuk anak murid Hana ada pertandingan MEWARNA . Hadiah menarik dijanjikan.


Pertandingan ini terdapat empat kategori iaitu pertandingan mewarna kategori prasekolah, murid Tahap 1 dan murid asrama serta pertandingan melukis dan mewarna bagi murid Tahap 2.


Program kali ini Hana menjadi AJK Kawalan murid dan AJK Agihan Makanan. 


Setiap murid dibekalkan dengan beg ASNB, pensel warna, buku lukisan dan kertas lukisan pertandingan. Pendaftaran dimulakan jam 8.30 pagi. Pertandingan mewarna bermula seawal jam 10 pagi.



Marc dengan lukisannya. Sangat cantik dan kemas. Hopefully he win it.

Haziq sebelum pertandingan bermula.. 


Murid Prasekolah mewarna di Pusat Sumber sekolah. Terdapat 3 prasekolah semuanya. 


Murid asrama mewarna di Makmal Komputer. Sebaik sahaja mereka siap, mereka datang berjumpa Hana di dewan. 
"Cikgu, kami duduk di aircond tadi. Sejuk tadi...."

dan hana bagitahu "duduk di aircond?" 

Mereka tersenyum sahaja.Lalu membetulkan semula ayat. 
"Kami duduk di dalam makmal komputer. Ada aircond."

Hana tersenyum sahaja.

Tiba-tiba Akira bertanya "Cikgu ajar Matematik ke Bahasa Melayu?"

hahahaha..







Ini anak syurga saya kelas Neptune. They barely read and count. Tertukar sticker nama pun tak perasan. Comelnya la alahai. But i try my best untuk mengajar mereka sebaiknya. Setidaknya mereka mampu untuk membaca dan menulis



Pemberian hadiah. Tak sempat nak tunggu sesi pemberian hadiah. Terpaksa bergerak ke dewan makan asrama untuk pengagihan makanan. Tetapi dapat lihat anak murid Hana yang terpilih
sebagai pemenang. Seronok yang teramat. Rasa nak melompat-lompat.

Congratulations to all.

No comments:

Post a Comment

HRMIS - Kemaskini Diskripsi Tugas

Assalamualaikum semua. Sekarang kebanyakan penjawat akan sibuk mengisi Deskripsi Tugas di dalam HRMIS. Jadi di sini saya nak kongsikan cara ...