Friday, September 8, 2017

Kisah Not RM 10

Saringan LINUS


Murid: Cikgu, kenapa duit ni ada besar ada kecil
Cikgu: awak tengok pada nilai duit tu ya. Saiz dia sebab Cikgu buat baru yang ini.
(Sambil keluarkan Wang RM 10 3 keping)
Cikgu: Berapakah jumlah wang ni? 
Murid : RM 20
Cikgu: Cuba awak lihat dan kira betul-betul.
Murid: Betul Cikgu. RM20.
Cikgu: Ni duit apa? (Tunjukkan pada sekeping not RM10).
Murid: RM10
Cikgu: Betul. Jadi berapa jumlah wang tu semua? Cuba awak lihat dan kira betul-betul. Ada berapa keping RM10 tu?

Murid tengok dan kira dalam hati sambil tangan di dagu. Fikir sehabis baik mungkin.
Murid: RM25 
Cikgu: Aik? Kenapa pula RM 25?
Murid :Sebab ni dua keping RM10. Ni sekeping RM5 (sambil pegang 2 not rm10 saiz besar dan not 10 saiz kecil)

Cikgu tepuk dahi.

Cikgu: Awak pergi duduk. Esok cikgu panggil semula.

Murid berlalu pergi ke tempat duduknya.

Esok cikgu bawa duit sama saiz ya.. Cikgu dulu tengok warna duit ja..RM 1 biru, RM5 hijau, RM10 merah, biru hijau-hijau RM50 dan ungu RM100. ðŸ˜‚😂 TT 
Tak sangka murid sekarang smpai saiz pun dia kecilkan amaun duit...



Ya Allah, Kau kurniakanlah ilham dan kesabaran kepadaku dalam mendidik jiwa-jiwa kecil ini. Bukakanlah pintu hari mereka supaya mudah mereka menimba ilmu pengetahuan. Aamin"

Sebelum tidur, ambil Ostematrix dulu supaya cikgu kuat dan gagah perkasa.

No comments:

Post a Comment

HRMIS - Kemaskini Diskripsi Tugas

Assalamualaikum semua. Sekarang kebanyakan penjawat akan sibuk mengisi Deskripsi Tugas di dalam HRMIS. Jadi di sini saya nak kongsikan cara ...